Tuesday, October 26, 2010

Dicinta Dan Mencintai : Bersediakah Kamu Untuk Mengalaminya ?


Dicinta. Ade ke orang nak cintan cintun dengan aku ni...aku ni leceh, suke membebel, suke menyemak, orang rimas dengan aku, tak lawa, tak pandai bergaya, mulut busuk, hati busuk, kentut pun busuk...waaa, takde orang nak kat aku weh...Hiihii. Persoalannya, bersiap sediakah kamu untuk dicintai ? Jawapannya tidak...tidakk tidakkkk...Malas nak fikir buat masa sekarang ni.

Mencintai. Waaa jangan paksa paksa aku la nak cintan cintun ni...wuu, pengalaman lalu dah mengajar erti kehidupan. Ecewahh ! Baru tahu betapa susahnya bercinta bila kau letak sepenuh harapan pada orang, tapi orang tu cam halai balai je...Wuu. Aku ni mudah membenci orang, tak mudah untuk mencintai seseorang. Selalunya aku akan membenci orang tu dulu baru mencintai orang tu...lepas tu...100% aku bagi komitmen. Susah kan bila mencintai seseorang...ok ok, lepas ni aku nak bagi 0.1% komitmen je...so takdelah kecewa menonggeng kan !

Dicintai Dan Mencintai. Aku dah penat kot. Cukuplah dengan usaha aku yang tak memberi kesan ape-ape tu. Cukuplah dengan segala nasihat aku yang selalu masuk telinga kanan keluar balik telinga kiri tu. Cukuplah telinga aku ni bernanah berkudis menahan halilintar, ribut petir, segala macam taik tu. Cukuplah dengan segala luka yang ada dalam hati aku ni. Kalau nak harap orang balut luka ni, memang takkan. So, dengan masa yang ada ni aku nak manjakan hati aku sendiri...cukuplah selama ni memanjakan hati orang lain.

mood : kita hanya sebuah kenangan indah di alam fantasi...bukan realiti.



 

Designed by Alieff Artwork