Friday, September 17, 2010

Perkara Yang Perlu Dielakkan Oleh Lelaki Pada Hari Raya Atau Rumah Terbuka !

neon nak pelangkung lelaki yang pemalas !

Weh lelaki ! Boleh tak kalau korang kat rumah tu jadi rajin sikit ! Tolong lah jangan asyik nak goyang kaki je...menyampah aku tau ! Perempuan tu sah sah la kena ada kat dapur untuk masak or panaskan lauk ke ape ke...yang lelaki buat ape ?

Janganlah asyik goyang kaki tengok TV je...lagi-lagi bila tetamu datang kat rumah ni...kalau orang mintak tolong tu , bantu lah...jangan la merungut or buat tak tahu pulak...

Janganlah asyik berborak je dgn tetamu...tengok-tengoklah mana lauk pauk yang nak kena topap, pinggan mangkuk cukup ke tak, kuih dalam balang tu ada lagi ke tak...ini buat tak tahu je...

Jangan tahu asyik nak pergi beraya je ! Rumah sendiri bila tetamu datang tak nak menolong pulak...ish, patut ke macam tu ? Janganlah terlampau galas kerja rumah kat perempuan...ingat perempuan tak perlukan pertolongan ke ? 

Jangan menolak pertolongan orang. Ini kalau suruh ambil plastik sampah pun tak tahu kat mana letaknya...ini mendatangkan kemarahan. Belum suruh potong buah tembikai lagi...sah sah tak reti potong buah plak...lepas tu nak tanya lagi pinggan mangkuk apa nak pakai? Perkara-perkara macam tu sepatutnya tak payah nak tanya dah..semua perkakas kat rumah kena lah ambil tahu...

Tolong menolong amalan mulia ! Siapa terasa padan muka...

 

Designed by Alieff Artwork