Monday, September 13, 2010

Pengharapanku Untuk Kalian !

Kenapa niat aku sering disalah erti oleh orang lain ? Kenapa...? Mungkin aku tak pandai nak luahkan apa yang aku rasa, sebab tu ramai yang membenci aku...aku minta maaf ...

Aku kecewa, aku dah cuba sehabis baik untuk jadi yang terbaik...tapi nampaknya ia masih tak berbaloi...Walaumacamana pun aku cuba, aku masih lagi dibenci, dihina..

Di mana salah aku ? 
Tunjukkanlah aku jalan yang betul, berilah panduan, tegurlah kesilapan aku agar aku tak mengulangi kesilapan yang sama...

Wahai insan, 
Jangan kata aku buta tuli, jangan kata aku tak paham bahasa, aku cuma seorang yang pelupa. Jadi jangan pernah berputus asa untuk menegur seorang yang pelupa macam aku ni, sebab aku sering alpa...Itu kelemahan aku...

Jangan buat aku begini,
Aku bukan superwoman, aku bukan tok badang, aku tak kuat...aku insan yang lemah. Aku perlukan sokongan, aku perlukan dorongan dan pengharapan...kalau kamu ingat aku ni kuat...kamu silap...aku tak sekuat itu...

Berdiam diri.
Mungkin itu lebih baik...kerana bila aku bersuara, pasti ada saja yang membenci...aku sendiri tertanya mengapa aku masih berada di sini, seseorang yang tak diperlukan oleh sesiapa pun. Aku nak pergi dari tempat ni, aku nak pergi jauh jauh...aku taknak sakiti hati sesiapa lagi...



 

Designed by Alieff Artwork