Sunday, August 15, 2010

Petanda Hari Kiamat : Video Banjir Teruk Di Pakistan 2010 , Kematian Mencecah Hampir 2,000 Orang !

Petanda kiamat : Banjir teruk dan berterusan di Pakistan..punca dari pemanasan global !
Rujuk peta negara Pakistan..
Sambutan kemerdekaan harini dibatalkan...

Fakta tentang banjir di Pakistan : 
  • 1,600 rakyat pakistan maut.
  • Banjir di Pakistan merupakan banjir terburuk dalam tempoh 80 tahun.
  • Seramai 13 juta penduduk negara Pakistan terpaksa dipindahkan, rumah semuanya musnah, mereka tinggal sehelai sepinggang.
  • Air sungai melimpah, perkampungan ditenggelami air, dan tanah runtuh berlaku.
  • 12 juta orang di wilayah barat laut dan Punjab diarah berpindah.
  • 1 juta penduduk di wilayah Sindh juga diarahkan untuk berpindah.
  • Tentera Amerika Syarikta di Afghnistan menunda operasi menentang militan Taliban untuk beri bantuan kepada Pakistan.
  • Kawasan paling teruk dan terjejas ialah kawasan barat daya Pakistan 
  • Kawasan terjejas terus di barat laut dan tengah wilayah Punjab
  • Sambutan kemerdekaan Pakistan 14 Ogos 2010 dibatalkan
  • Penyakit taun, cirit birit berterusan
  •  Kebanyakkan masyarakat Pakistan berkeras tidak mahu dipindahkan, tetapi meminta bantuan makanan disalurkan kepada mereka menyebabkan kemarahan pihak askar yang ingin membantu 
  • Pakar perubahan iklim berkata, fenomena pemanasan global kemungkinan menjadi punca tercetusnya banjir besar di Pakistan, kebakaran hutan di Russia dan tanah runtuh di China sekarang.- Sumber 1 , Sumber 2, Sumber 3, Sumber 4
Video-video banjir di Pakistan 2010!

Rakaman banjir di pakistan , arus air yang deras meragut nyawa manusia


Bantuan makanan dicampak dari atas helikopter, kanak-kanak warga pakistan berebut makanan


Lebuh raya runtuh, ternakan mati bergelimpangan, dan tiada lagi kawasan perumahan


Misi menyelamatkan orang pakistan sedang giat diusahakan

Hulurkan bantuan, ringankan beban mereka...mari menderma ! Dan berdoalah untuk kesejahteraan mereka..Semoga musibah banjir serius seperti ini tidak melanda negara kita pula. Berdoalah untuk keselamatan negara kita, semoga Allah melindungi kita dari sebarang musibah dan malapetaka dunia.

 

Designed by Alieff Artwork