Friday, July 30, 2010

Cara Menangani Panas Baran.

Cara Mengelakkan Diri Dari Sifat Panas Baran, Kaki Pukul Dan Maki Hamun Orang


Statistik nuffnang menunjukkan ramai tersangat ramai suami isteri di luar sana yang menghadap dengan masalah panas baran dan maki hamun ni. Aku kesian sangat-sangat pada siapa yang dapat laki or bini yang macam ni. 

Dalam rumahtangga tak sepatutnya ada maki hamun ni. Perkataan mencarut macam babi, sial, bodoh, setan kauuu tak patut wujud atau tak patut terlintas dalam kepala otak korang bila nak bercakap dengan orang yang paling kita sayang.

Mana pergi hormat korang? Mana pergi budi bahasa korang? Kalau korang menunjukkan yang korang ni memang tak berbudi bahasa, itu menunjukkan yang mak bapak korang memang tak ajar korang. Jadi janganlah memalukan mak bapak korang, bawalah nama yang baik untuk keluarga sendiri. 

Macamana nak jaga hubungan suami isteri dan elakkan diri dari mencarut, atau memaki hamun ketika panas baran :
  • Ambil air semayang bila rasa hati dah panas baran sangat.
  • Haramkan penggunaan carut mencarut dalam rumah atau luar rumah.
  • Elakkan anak-anak dari dengar perkataan macam tu supaya mereka tak terikut.
  • Setiap kali rasa nak marah marah bawak mengucap dan istighfar banyak - banyak.
  • Bawak bertenang, jangan bercakap-cakap sengat bila hati tengah panas, nanti lagi bertambah meletup.
  • Kalau dah buat macam-macam tapi masih lagitak boleh nak cool down, gunakan orang ketiga. Pergilah jumpa ustaz atau kaunselor yang boleh tenangkan ati korang tu... 
  • Korang bolehlah baca doa-doa untuk tenangkan jiwa dan hati korang yang panas tu : 

    " اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ.  "

    "Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Quran sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku."

    " اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ. "

    " Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang."





     

    Designed by Alieff Artwork