Tuesday, July 06, 2010

Queen Control, Isteri Control Suami.



 Huah, penat aku tengok dramaswasta laki bini nih. Tak habis-habis dengan ribut petir je. Takde angin takde ribut, halilintar tetap memanah. Yang si isteri tuh kuat membebel, menengking dekat suami dia. Yang suami dia pulak tak berani nak jawab apa-apa, tunduk dan akur je bila isteri dia mengamuk.

Beb, dia marah suami dia depan orang ramai kot!! Kesian aku tengok laki dia weh...muka dia merah sebab tahan malu! Inikah dinamakan Queen Control? Korang pernah tak alami perkara yang macam ni (in case kalau korang dah kahwin lah) ? 

Dalam hubungan suami isteri tu bukankah perlu ada hormat menghormati, sayang menyayangi dan saling bertolak ansur? Kalau isteri dah ambil alih hak suami sebagai ketua keluarga, macamana hukumnya tuh? Setahu aku, kalau isteri lawan cakap suami pun dah kira dosa besar kan? Korang kongsi idea sikit eh...Chows!



Photobucket
 

Designed by Alieff Artwork