Friday, June 11, 2010

Handphone Masuk Lubang Jamban.

Nombor yang anda dail akan disambungkan kepada makhluk asing di loji taik. Harap Maklum.

Cerita gempak nih! Masa tuh aku baru lepas buang air, baru nak zip seluar je ade benda jatuh bunyik "Diisyyuuuuummmmmm". Aku kaget, bungkam seketika bila tengok handphone aku yang paling canggih di dunia yang penuh lampu neon tu tercicir jatuh ke dalam toilet bowl, langsung hilang dari pandangan aku.

Lepas aku terkebil-kebil tuh, aku terus keluar dapatkan pertolongan makcik cleaner. Makcik cleaner suruh plak aku tanya receptionist...tapi sorang pun tak boleh tolong aku sebab dorang cakap handphone tuh akan terus sampai kat loji taik.

Woi handphone! Sape ajar kau buat terjunan maut kat dalam bowl tu? Tuan ko tak pernah ajar kau buat benda bodoh macam tu ok! Erkk..tuan dia yang bodoh sangat bawa handphone pergi jamban ! So, moralnya kat sini...jangan sesekali bawa handphone pergi jamban !

Huh, okaylah. Aku terima takdir ini dengan redha, sampai sini saja jodoh kita wahai W580i. Dan pengembaraan aku tanpa handphone pun bermula...issskh... :(





Photobucket
 

Designed by Alieff Artwork