Thursday, May 06, 2010

Geng Blogger : Masalah Tidak Boleh Ping Blog Adalah Salah Satu Keburukan Geng Blogger

Kes tidak puas hati aku terhadap company Geng Blogger !Menyampah aku dengan Atan ni !

Dahulunya, Geng Blogger menjadi platform untuk aku sebarkan isi blog aku ni. Semuanya indah-indah belaka seperti syurga sebab nak ping blog senang,  boleh masuk chatroom, boleh kongsi idea di bahagian forum, boleh jadi popular bila muka ko terpampang kat tepi kotak Geng Blogger. Tapi tu semua dulu.

Masuk 5 bulan aku pakai Geng Blogger, semua entry aku dah tak boleh ping lagi dan butang ping juga tak keluar langsung selama berbulan-bulan! Pernah aku tanya Kong untuk selesaikan masalah aku dan Kong meminta aku ubah rss/feed yang dikatakannya salah tu. Macamana boleh salah sedangkan beberapa bulan aku pakai okay je? Aku pun buat semua yang disuruh, but still aku tak boleh ping blog.

Sejak aku tak boleh masuk Geng Blogger, aku pun berundur diri sambil mencuba-cuba software GBNetic buatan Si bijak Cybernetic88 yang bernama Acap ni. Tapi, baru menikmati syurga selama sebulan, GBNetic juga dah tak boleh pakai sebab Acap kata Geng Blogger ada buat beberapa perubahan. 

Hey, aku kecewa dengan servis Geng Blogger!  Tamat.
 

Designed by Alieff Artwork