Sunday, May 02, 2010

Alhamdulillah Seorang Rakan Blogger Kita Telah Menemui Jalan Benar : Islam Agama Yang Benar!

Blogger saudara baru yang comel dan cantik. Semoga Allah sentiasa menyuburkan hidayah dalam diri mu, sis.

Semasa melewati blog Kak Zoween baru-baru ni, aku terkejut tengok gambar dia pakai serba putih cantik berseri gitu. Aku tertipu pada mulanya, sebab aku ingatkan Kak Zoween baru berkahwin. Rupe-rupenya lain pulak ceritanya...

Blog aku ni mungkin seusia blog Kak Zoween kot. Dah lama aku jadi silent reader blog dia, sejak mula blogging lagi aku dah kenal Kak Zoween melalui blog dia yang mesti meriah dengan warna merah menyala. Ala, macam gaya Redmummy gitu. Hihi...

Nak tahu berita gembira tak? Rupa-rupanya aku baru dapat tahu yang Kak Zoween baru je memeluk agama Islam. Tahniah, syukur Alhamdulillah...tak tergambar rasa gembira aku bila baca Blog Kak Zoween kita sorang ni. 

Selamat datang pada gadis mualaf bernama Nur Fadzuin Safiyyah dan marilah bersama-sama beramal, dan semoga kita tergolong dalam golongan wanita yang solehah. Amin.

Gua chow dulu. Eh, sorry sis lupa nak minta izin ambil pix lu.


 

Designed by Alieff Artwork