Thursday, March 25, 2010

Vacation Aku Dekat Seoul, Korea Haritu. Sorry Lambat Story Kat Korang.

Hello, yall... Just nak ambil kesempatan nak cerita pasal percutian aku dengan family aku dekat Seoul, Korea haritu. Aku pon tak sangka pulak kitorang jadi pergi Korea, aku ingat bapak aku main-main je. Tapi, Alhamdulillah, jejak gak kaki aku kat Seoul ni. Percutian kali ni untuk tempoh sekejap jer, bayangkanlah cuma 5 hari 4 malam je. Tak ke gila tu? Korea beb, rasanya kalau tak seminggu dua tak puas kot...Tapi series la, memang best giler bercuti kat Korea...rasa nak pergi lagi tau!

Ni la Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, huhuu...teruja aku...

Sampai-sampai je kat Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon haritu tu, pakcik aku yang kerja dekat situ jemput kitorang...Bayangkanlah weh, first time aku tengok snowfall masa arrived kat airport tu, tapi sekejap je la sebab waktu tu snow dah nak habis dah.  Gila happy aku. Hahaha...Sejuk giler rasanya walaupun dah pakai baju yang tebal-tebal. Aku pulak dengan jakonnya main sembur-sembur udara dari mulut. Yela, dapat tengok wap keluar dari mulut kan, aku teruja la...

 Cantik dowh...

Pakai snap jer weh...
  Train ni laju giler weh.

 Korea tu sesak gila dengan orang. Aku paling suka naik keretapi dorang yang laju-laju tu. Speedo! Kitorang jalan-jalan naik keretapi tu je la, senang. Bandar Korea memang sesak, nak jalan pun pening kepala tau tak! Tapi nasib baik lah kitorang semua bijak pandai, so pergi mana-mana pun tak sesat punya...Tapi, sumpah, night view dia memang cantik giler. Banyak gila kitorang shopping haritu...nanti aku upload next entry khas untuk tatapan korang k...

Pengalaman yang aku takleh nak lupa, aku sorang je yang terlambat siap masa nak check out Hotel on the last day. Teruk aku kena marah dengan bapak aku. Hahaha...Mungkin sebab aku rasa taknak balik Malaysia, and nak stay Korea je. 

Masa tengah packing nak balik tu handphone aku pulak tetibe berbunyi..."Takkan lagi aku menunggu, kau hadir di dalam mimpi-mimpi ku...puasku mengharapkan dirimu, seperti mereka yang punya cinta...tapiku melepaskanmu..." Begitulah ringtone aku berbunyi yang begitu menggangu perasaan aku! Hekeleh, kacau daun betul la mamat ni. Aku tengah packing pon nak call ke? Kang aku terlepas flight balik ke Malaysia kang siapa yang nak tanggung aku?

"Weh ko buat ape tu"
"Oh shyyt!"
"Kenapa weh?"
"Omg, ku dah terlajak sembahyang asar plus magrib!"
"Bagus, amalkanlah selalu ye"
"Aku terlelap la tadi...kacau daun je ko nih!!Arghh!!"
 

Designed by Alieff Artwork