Thursday, February 11, 2010

Bulu Roma Naik Dengan Hujah Cikgu X-Man Di Meeting Room.

Ok, ni kisah sedih yang berlaku masa meeting semalam. Aku terperanjat juga dengan tingkah laku dan reaksi yang ditunjukkan oleh Cikgu X-Man, tapi apakan daya. Semuanya sudah terlambat.Sedang kami sibuk meeting pasal Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT), Cikgu X-Man menerjah dan mengatakan bahawa dia tidak boleh lagi menyumbang bakti untuk sekolah tu...
"Saya nak mencelah sikit, dan hal ini bukan berkenaan isu KOT, ini termasuk dalam hal lain-lain.Saya rasa tidak boleh lagi ambil alih tugas penyelia peserta untuk KOT nanti sebab saya dah tiada kat sini lagi. Saya rasa kecewa dengan pihak sekolah yang telah memandang rendah kredibiliti saya sebagai seprang guru yang berkhidmat di sini hampir dua tahun. Selama ini, saya melakukan tugas tanpa perlu menghebohkannya."

"Namun pada tahun ini, saya dituduh sebagai pemalas, tidak tahu buat kerja, suka tidur, tidak rajin dan sebagainya. Saya kecewa, dan tidak tahu apa masalah saya kerana tiada orang yang mahu tegur kesilapan saya. Saya kecewa dengan sikap GB, dan rakan-rakan guru yang lain kerana tidak bertindak untuk tegur kesilapan saya, tetapi mereka hanya bercakap di belakang sahaja mengenai saya. Dengan ini, saya ingin memberitahu bahawa saya sudah minta tukar sekolah kerana sekolah ini tidak perlukan lagi khidmat guru seperti saya. Terima kasih la ye!! " - Cikgu X-Man
Cikgu X-Man betul-betul emosi masa bercakap. Aku yang dengar pun hampir menangis. Masa dia meluahkan segala-galanya yang terbuku di hati dia tu, semua orang jadi gila tersentap. Lepas Cikgu X-Man ni habis bercakap, GB pun menggulung balik apa yang diberitahu. Apa yang dikatakan oleh GB perlu dirahsiakan lah. Tapi memang suasana meeting room time tu memang macam rumah hantu wa cakap sama lu.

Macamana pun, itu dah keputusan dia untuk pindah. Takde orang yang boleh halang dia lagi. Cuma apa yang aku sedihkan ialah, kita rakan setugas sepatutnya  ambil berat tentang hal-hal macam ini. Kalau rakan setugas buat hal, cubalah tegur sebaik mungkin. Jangan sampai melarat macam ni. Sedih...Bye Cikgu X-Man. Harap bersabar ya.Itulah dugaan namanya.
 

Designed by Alieff Artwork