Tuesday, January 26, 2010

Sekarang Dah Sampai Masa Untuk Isteri Yang Debik Suami.



Apa hukumnya kalau seorang isteri naik tangan dekat suami ye? Misalnya kalau suami cari pasal, isteri tu berhak atau tidak untuk menerajang, menyepak, dan memijak suaminya sebagai langkah  membalas balik pukulan tu. Wah..tragik gak, tapi tak salah rasanya kan?

Al-maklumlah, zaman sekarang ni aku dah dengar macam-macam cerita pasal suami pukul isteri, suami dera isteri, suami rogol isteri, suami bunuh isteri, dan macam-macam lagi lah perkara yang menyedihkan yang dialami oleh kaum wanita bergelar isteri ni.



Bayangkan, kalau laki korang debik korang sekali, korang debik la dorang balik. Jangan la jadi pengecut yang tahu menangis jer. Eh, kalau nak debik tu debik betul-betul , jangan main pukul pakai bantal nanti nampak macam pillow fight pulak. Buat malu je, suami korang pun sah gelakkan korang sampai keluar air mata.

Kesempatan yang ada ni aku nak berpesan sikit pada suami yang suka naik tangan kat bini, jangan waktu bercinta je manis-manis macam madu, tapi lepas kahwin mula lah nak naik tangan bagi bini korang hempedu. Ape, korang fikir korang hebat sangat? Tahu tak, a real man dont hit women okay. Kalau korang tak tak faham jugak ni...ambik middle fingger ni. *marah*


Aku ingat aku nak amik kursus Aikido la. Seni mempertahankan diri perlu dituntut dan diamalkan , mana tahu boleh membantu diri sendiri nanti. Konon-kononnya kalau laki aku sok dah mula ada sindrom-sindrom naik tangan, aku nak bukak langkah aku dulu siap-siap. Sekurang-kurangnya ada ilmu mengelak dan membalas balik bila kena pukul. Hiyaaaah! Lepas tu kita tengok siapa lagi hebat okay!
 

Designed by Alieff Artwork