Pages

Wednesday, September 23, 2009

Putus Cinta, Sambung Balik !



"Break up 50 kali setahun,
Rujuk balik 50 kali setahun."


Pada pendapat saya, gaya “break and fix” ni banyak berlaku terhadap pasangan²yang hangat bercinta. Selalunya terjadi pada pasangan² yang setia sahaja. Tidak ada pasangan yang terdiri dari “play boy” atau “play girl” yang berani membuat gaya “break and fix” ini.


Pencinta sejati. Bila terbit rasa sayang dan cinta pada seseorang itu, bukan mudah untuk melepaskannya pergi.Betul tak? Jadi langkah terbaik, selepas break up je, masing² pasang niat untuk kembali bersama. Masing² setuju dan bahagia bila keputusan dibuat. Selepas adegan “fixing” atau rujuk kembali berlaku, ia bagaikan hubungan baru terjalin walaupun sudah kenal lama.

Itupun ikut nasib. Ada juga individu yang saja² minta break dan berharap dapat fix di kemudian hari tetapi apa yang berlaku tidak seperti yang diharapkan. Sila jangan menyesal dengan apa yang berlaku selepas itu.

Walaubagaimanapun, putus cinta itu menyakitkan. Tetapi berterusan bercinta dengan pasangan yang salah adalah lebih menyakitkan. Setuju?






Ikhlas dari kepala ke lutut, neo si lampu neon.

Saturday, September 19, 2009

Peperangan Hebat Antara Senggugut dan Sesungut!


PMS or senggugut? Perempuan sering menghadapi masalah ini.Lelaki? Bagi mereka yang mempunyai bini or girlfriend, mereka sudah tahu…*gambar diatas adalah gambar sebenar aku snap waktu beranak (PMS) dulu²*
Kadang² orang kata…“Aku tak pernah kena senggugut”
Kadang² orang kata…”Aku kalau senggugut je rasa macam nak mati”
Kadang² orang kata…”Makan jer menstrual pills warna pink tu, nanti baiklah”
Kadang² orang kata…”Senggugut?Apakah itu?Sesungut ke?


Serangan PMS? Fuh…dulu² aku berlagak. Aku bagitau semua kawan² aku yang aku tak pernah kena PMS. Sebab bila period jer, aku selesa macam hari² biasa. Bila kawan aku kena PMS, aku gelakkan diorang. Jahat!

But now, it comes to me. Setiap bulan menanti dengan penuh debaran. Macam nak beranak lah perasaan aku setiap bulan. Because, sakit , perit, dan sengal akan menyerang secara bertubi² especially di bahagian tulang pinggang aku. Memang aku rase macam ade orang terajang aku dari belakang dengan gaya fly kick Jackie Chan!

Selalunya orang kata waktu PMS ni, perempuan cepat marah dan meletus! Tapi my friend ever said that, “Kenapa time ko period jer, ko tak marah² macam perempuan lain ye? Ape rahsianya?”. Sebenarnya, waktu PMS, aku cuba sedaya upaya dengan gigihnya untuk senyum dan gembira!Tapi hanya TUHAN yang tahu…

5 ways to gain the comfort and to reduce my pain .... :
(2 hari jer aku buat)

Wednesday, September 16, 2009

Nafas Berbau Busuk !


Ape reaksi korang kalau mulut kawan korang busuk ya? Kalau aku berada dalam situasi “tidak selesa” itu, aku akan cuba berlagak biasa. Tak mahulah menunjukkan rasa tidak senang depan kawan dan kalau boleh nak jaga hati. Selalunya, lubang hidung aku akan shutdown secara auto dan pernafasan melalui mulut akan mula bertugas mencari oxygen.

Untuk menuduh seseorang itu bermulut busuk, kita sendiri kena tanya diri sendiri. “Mulut aku ni busuk tak?”. Buat eksperimen kepung tangan , tiup, dan cium bau mulut sendiri.Jangan sesekali menipu diri sendiri dengan mengatakan bahawa mulut korang wangi walaupun sebenarnya tidak!

Wednesday, September 09, 2009

Siti Musliha Di Mana Dia

Di mana Siti Musliha?
Mungkin dia dah berkahwin atau dah beranak...
Mungkin dia spend hidup dia jadi suri rumah...
Mungkin dia dah jadi wanita OKU yang mempunyai bisnes sendiri...
Mungkin dia dah menetap di luar negara untuk membawa diri...
(andaian aku jer la)

Aku melompat, melayang, bergayut dari seluruh pelusuk spiderweb di laman net untuk mencari info tentang gadis OKU bernama Siti Musliha. Di waktu aku kecik2 dulu, sering dia muncul di kaca TV, tapi kini tidak lagi. Siti Musliha begitu popular sebagai artis OKU termuda pada tahun 1995. Lagunya yang bertajuk "Mutiara Hati" pernah meletup pada tahun 1996 , namun sekarang dia menghilang tanpa jejak...

Tak disangka, dahulunya Siti Musliha ni bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas Jalan Batu yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.Tempat di mana, aku dan guru-guru pelatih yang lain selalu membuat kerja.Maklumlah, kata lecturer kami...Sekolah Pendidikan Khas Jalan Batu ni merupakan sekolah contoh.

Banyak juga komen2 yang agak kasar dan tajam dilemparkan kepada Siti Musliha, si gadis OKU ini di laman web ini. Kebenarannya tiada siapa tahu. Jadi janganlah kita dengan suka bercakap tentang orang, sedangkan kita tidak tahu selebihnya apa yang dilalui oleh gadis OKU ini.

Saturday, September 05, 2009

Free Seats For "The Ugly Truth" Movie!

I GOT FREE TICKETS FROM ADVERTLETS! BUT I HAVE TO LET IT GO!


Hello-Mellow everybody. In this hectic moment, i want to tell you guys that im pretty out of breath here. No time for me to post new and hot entry as i have tons of paper works to do for my community centre project. Its a huge one! Me and friends are busy going back from KL to Hulu Kelang everyweek from last month till now. Our BIG PROJECT will be held soon on October, and we dont know weither we can make it or not. Since my friend really wanted Dato Sharizat to come for the event, this race is getting really bounce up. Ops, ops..by the way, have you seen my latest post about Advertlets is giving out free tickets for "The Ugly Truth" Movie? I did a short post about it as Advertlets required me to do. So do check it here.

So, im here to tell you that i cant go for the invitation. Hu~. So sad ok. Its free tickets for two person. I dont know weither i can pass this free tickets to you guys or not. Huwee..melepas.By the way, I bukan dapat keluar malam pon. The show is on Monday (7 Sept 09), 8.30 pm at Damansara E-Curve. Anyone wants?

Ikhlas dari kepala ke lutut, neo si lampu neon.





Friday, September 04, 2009

Posisi Di Katil Mengikut KAMASUTRA [Gambar Panas!]

Anda tahu tak apa itu KAMASUTRA? Pernah dengar? Ini bukan posisi terbaik dalam buku KAMASUTRA. Gambar2 panas di bawah adalah posisi sebenar yang biasa aku lakukan di atas katil bersama dengan Olivia.Si muncet dan olivia merupakan teman sekatil yang paling aku sayang.

FYI = Muncet (bear), Olivia(laptop)
Mari lihat posisi panas dibawah ehehe...

Maaf sekiranya aku sering mengelak jemputan TAG. Hari mulia ini aku buat khas untuk tag dari BudakHutan.BTW, I want to keep updating this blog.

p/s : posisi di atas adalah benar! bukan takde meja study, tapi meja study penuh dgn sampah serapah.



Ikhlas dari kepala ke lutut, neo si lampu neon.




Wednesday, September 02, 2009

Aku Nak Kahwin Tapi... [Kahwin Jgn Tak Kahwin]

Nak kahwin?Bila?Dah rancang? Atau...masih belum terbuka hati nak kahwin.Atau..."Haish tak mau kahwin la..nak hidup sorang2".Jangan mengarut, Rasullullah tak mengaku umat kalau korang tak kahwin.
Early marriage: Alfie, Chantelle and baby Maisie

Pendapat aku, dunia sekarang dah maju. Kalau dulu rank age orang yang berkahwin dalam umur 27 - 30.Kenapa orang dulu kahwin lambat? Orang dulu2 kena kumpul duit,cari harta sendiri,cari tempat tinggal sendiri...

Tapi dunia sekarang dah berubah. Sekarang rank age orang yang berkahwin dalam umur 16 - 22. Dah berbalik pada trend zaman nenek moyang kita dulu, perasan tak? Kadang - kadang ada yang baru 18 tahun dah ada 2 orang anak. Kenapa orang sekarang kahwin awal?Sebab maksiat berlaku berleluasa, tak tahan nafsu nafsi, tak perlu cari duit sebab boleh pinjam di bank, mak bapak sponsor, dah kahwin duduk serumah dengan mertua, jimat...

Melihat gelagat rakan yang baru berkahwin, aku berpendapat bahawa kahwin di usia muda bukan satu perkara mudah. Sebab... :

  • Pasangan muda bergaduh , senang ucap CERAI!
  • Pasangan muda selisih faham je, naik tangan, naik periuk kat muka!
  • Kewangan masih belum stabil, duit takde, tak mampu bagi anak bini makan!
  • Duduk serumah dengan mertua sampai 3-4 tahun!
  • Berjiwa muda, masih mahu keluar malam bersama rakan2!
  • Masih melayan SMS dari ex-boy atau ex-girl bila tak bersama suami/isteri!

Ikuti kisah Mr. X disini.. (Kisah benar)

Alkisah..Mr.X ni baru berkahwin dan berumur 24 tahun. Isterinya pula berumur 23 tahun.Mr.X bekerja di Ipoh, manakala isterinya pula bekerja di Negeri Sembilan. Mr. X jarang balik ke rumah untuk membantai Over Time. Si isteri pasrah, dan sabar menunggu kepulangan Mr. X di hujung minggu.

Tapi..Mr.X..malam2 keluar dengan ex-girlfren di Ipoh.
Tapi..Mr.X..masih pergi ke kelab malam melayan arak.
Tapi..Mr.X..masih masuk ke kelab urut badan diurut oleh awek cun.
Tapi..Mr.X..membelajakan duit dengan membeli eksesori kereta.
Bila kawan2 menegur Mr.X..dia kata mind your own bussiness!

Ikuti kisah Mrs. Xoxo disini..(Kisah benar)

Sebenarnya Xoxo dah terlanjur dengan laki Xoxo masa umur 18 tahun. Dah 4 tahun dah kahwin dan anak ketiga masih lagi baby. Dulu masa muda2 seronok la, semua nak buat same2. Masa kami buat "tuut",kami tak fikir masa depan. Bila dah mengandung tak rasa kesal sebab memang sayang dekat abang. Tapi sekarang abang dah lain. Xoxo tak kesahla kalau bercerai pun. Malas nak pk lagi. Lagipun Xoxo dah ada hati dengan orang lain. Banyak lagi orang nak dekat Xoxo.

Ini kisah benar, sebenar-benarnya berlaku dikalangan rakan2 aku sendiri. Baik lelaki dan perempuan, semua sama saja. Nasihat aku, kalau belum ready nak pikul tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri, lebih baik jangan dulu. Perbaiki diri dulu, sedia mana yang patut, baru kahwin okay.

p/s : tajuk memang tak boleh blah. sengal. sangap.

Ikhlas dari kepala ke lutut, neo si lampu neon.





 

Designed by Alieff Artwork