Wednesday, July 15, 2009

Kronologi Praktikum 1

Sedar tak sedar sudah minggu ketiga aku menjalani praktikum di Sekolah Taman Segar. Pengalaman makin bertambah bila tiap - tiap hari aku menghadap budak-budak khas ni. Sekarang, aku dalam proses mengenal dan menghafal nama mereka. Aku juga harus mendalami sifat dan kerenah mereka supaya senang aku tackle dalam kelas nanti.

Dan sungguh, walau aku sayang dan suka akan kanak-kanak ini, masih ada rase geram dan marah bila berhadapan dengan murid yang bermasalah tingkah laku. Kadang-kadang naik juga tangan aku untuk mencubit mereka. Maaf ya.

Ya, aku benci murid yang mengada-ngada. Dan kadang-kadang aku rasa, tidak wajar sama sekali aku nak marah mereka. Yelah, budak kecil . Apa yang mereka tahu?

"Irfan, sila jangan buat cikgu sakit hati,ye".

Dalam minggu ni, keadaan aku bertambah huru-hara bila murid hard core kembali bersekolah. Patutlah aku tak perasan akan muka murid itu. Lama dia bercuti rupanya. Si dia yang terencat akal agak teruk, membuatkan aku ingin mencuba untuk mengajarnya dengan lebih gigih.

Aku tumpukan banyak perhatian padanya, tapi aku hampa. Adam ketawa seorang diri, dan bila diajak belajar, dia membaling kertas dan ketawa ke arah ku. Air liurnya yang meleleh sepanjang masa membuatkan bau busuk menusuk ke dalam hidungku. Aku sabar, aku faham. Dalam hati diam-diam aku berdoa semoga Allah jauhkan aku dan keturunanku dari penyakit seperti kanak-kanak ini.

"Adam jangan risau. Cikgu cuba tolong Adam,ye".

bersambung lagi...

Ikhlas dari kepala ke lutut, neo si lampu neon.
 

Designed by Alieff Artwork