Saturday, June 21, 2014

Tak Perlu Denda Murid, Gunakan Kepakaran Psiko Mental Murid Je

Dulu masa kita sekolah, mesti selalu kena denda kan? Terutama sekali bagi yang nakal macam aku. Bercakap mengenai denda, jika dibandingkan zaman dahulu dengan zaman modern, pasti gaya denda jauh berbeza. Dendaan selalunya bergantung kepada jantina murid juga. Selalunya murid perempuan akan diberi dendaan yang ringan-ringan sedikit berbanding murid lelaki yang dikenakan denda teruk-teruk.

Desas-desus orang berkata bahawa guru tidak reti mendidik murid dan akibatnya, murid didenda teruk. Tidak kurang juga ada yang menganggap bahawa guru tidak tahu mengawal emosi ketika mengajar.Benar, emosi yang tidak stabil boleh membawa kepada kemarahan sekaligus niat mendenda murid-murid. Tak salah rasanya jika denda yang diberi itu membawa kepada perubahan positif, tetapi jika sebaliknya , guru pasti terima padahnya. Guru - guru yang tengah gaduh dengan laki ke, boyfriend ke, tengah putus tunang ke, tengah rindu dekat awek ke,ada apa apa masalah di rumah janganlah terbawa-bawa emosi dalam kelas ye. Mengajarlah dengan penuh sabar.

Zaman aku sekolah dulu, murid-murid yang bermasalah disiplin dibariskan dekat atas pentas masa perhimpunan. Dengan gagahnya guru displin datang membawa rotan setebal 2 inci dan memberi libasan mantap ke atas bontot murid-murid yang mungil itu. Ada sekali tu, cikgu displin aku tak dapat kawal emosi sampai menampar muka pelajar sampai berbirat-birat. Lepas kejadian tu, cikgu tu kena buang sekolah. Terima padah sendiri.

Rasanya tak perlulah beri denda yang berat-berat. Guru zaman sekarang ni dah banyak diberi ilmu psikologi untuk digunapakai di sekolah. Rotan,penerajang,penampar,penumbuk dan flying kick bukanlah cara terbaik untuk membuang tingkahlaku negatif murid. Cuma perlu guna kaedah psiko mental murid supaya murid tak buat hal dalam kelas pun dah cukup. Tak payah pening-pening kepala lagi. Kita buat murid jadi gila dulu, sebelum dia buat kita jadi gila. Ok tak idea aku? Hurm. Tak tak. Salah.


 Denda salah, tak denda salah. Beza dendaan zaman dulu dan sekarang ;)

 Dendaan oleh guru zaman dahulu :
  • kena rotan
  • kena cuci toilet
  • kena koyak buku
  • kena diri atas kerusi
  • kena ketuk ketampi
  • kena duduk luar kelas
  • kena cubit dekat tutt dada
  • kena buang buku kat luar
  • kena lari padang sekolah
  • tulis seribu kali dekat buku
  • kena cabut lovegrass kat padang
  • kena ketuk dengan pembaris kat tulang jari
  • kena melekat dekat pagar berjemur tengah panas
  • kena cubit sampai lebam sebab pakai nametag orang lain
  • kena berbaris kat pagar sekolah dan berjemur tengah panas
    Dendaan oleh guru zaman modern :
    • Waktu rehat dipendekkan
    • Tambah markah dimerit
    • Turunkan ke kelas bawah
    • Buat homework bertimbun-timbun
    • Bagi surat waran tangkap,eh surat amaran
    • Stayback lepas sekolah untuk masuk kelas tambahan
    • Bagi hadiah kat semua murid kecuali murid yang buat hal
    • Buat commnunity service, bersihkan halaman sekolah sebelum masuk kelas


    P/s : Mesti korang ada pengalaman sendiri bukan? Meh la cite kat aku. Hehe. Mana korang suka, denda zaman dulu ke, zaman modern?

     

    Designed by Alieff Artwork