Saturday, February 19, 2011

Lelaki Susah Nak Cakap "Sorry".


Feeling Lucky?



Psst…Betul ke lelaki susah nak say sorry?

Ada sepasang couple ni. Janji nak jumpa di Jaya Jusco Maluri pukul 1.30 petang. Disebabkan sayang punya pasal si minah ni tunggu si pakwenya sampailah pukul 6.30 petang....


Sepanjang proses menunggu tu, minah ni call punya lah beratus kali tapi tak berangkat. Final result, minah tu angkat kaki terus balik ke rumah dengan perasaan sakit hati macam lava yang sedang meletup-letup.

Sampai je kat rumah, minah ni dapat call dari pakwe dia dan mamat tu cakap dia baru sampai Jaya Jusco Maluri. Mamat tu telah marah minah tu sebab minah tu tak tunggu dia. So minah ni mengamuk la, dah la tunggu berjam-jam di JJ lepas tu balik dalam keadaan hampa. Yang menghangitkan keadaan lagi bila mamat tu tak cakap sorry langsung. Lava meletup-letup lagi.

Dalam hati minah ni sebenarnye hot, tapi sekurang-kurangnya nak dengar mamat tu say sorry. Tapi tunggu punya tunggu sorry masih lagi tak diucapkan.Kesabaran yang tak dapat dibendung lagi bila minah ni cakap :

Girl - "Eh you ni tak reti nak cakap sorry ke? U tau tak I penat tunggu U tadi?"
Guy - "Sorry seems to be my hardest word"
Girl – Wtf!! Tutttttt…telefon dimatikan dan gadget tu dicampak ke dinding jua akhirnya.

P/s : Ayat Sorry Seems To Be The Hardest Word tu aku ingat sampai kiamat.





 

Designed by Alieff Artwork