Sunday, May 10, 2009

Kek Coklat Limpahan Untuk Ibu.



  • Name : Puan Sabariah binti Ahmad Othman. 
  • Age : 50 tahun 
  • Hobby : Marhaban setiap hari 
  • Description : Beliau sgt baik hati,kesabaran yang tinggi, suka menolong orang, tidak mementingkan diri sendiri, kuat membebel, rajin bersedekah, choosy tentang pemilihan jodoh untuk anaknya, kuat perasaan ingin tahu, memasak dengan cepat dan pantas, suka melibatkan diri dengan aktiviti keramaian. 
  • Wishes : Sayangilah dan berbaktilah kepada ibu anda selagi mereka masih hidup.Jika mereka tiada lagi di samping kita, sedekahkanlah doa untuk mereka supaya mereka ditempatkan di syurga nanti.
Dimulakan dengan bismillah...Align CenterMula - mula sediakan semua bahan dan peralatan. Nampak, bersepah kan aku buat kerja?* Ade bahan yang takde, tapi aku teruskan jugak*Lepas tu, pergi pula ke proses mengayak bahan - bahan dan mencampurkannya ke dalam mixer.
* chocolate powder aku takde, aku ganti dengan milo je*Sediakan loyang yang dah disapu minyak dan dialas dengan kertas. Dan tuangkan segala bende ke dalam loyang.Masukkan dalam oven yang bersuhukan 170 degree dan biarkan selama 1 jam 10 minit.
* Sepatutnye 1 jam je baked, tapi aku lanjutkan sesuka hati,1st time buat kek - aku takut tak masak *Sambil - sambil tunggu kek siap bakar, silalah buat bahan topping. Melted chocolate yummy.
* ni kan resepi aku, so aku add dgn air susu pekat sket bg sodap* Bahan hiasan juga penting. Sediakan buah yang menarik seperti strawberry atau kiwi. Dan whipped cream.
* Nak letak kiwi,tapi duit tak cukup.Nak buat whipped cream sendiri tak pandai - so guna yang instant*Dah siap baked, kita sapukan melted choc atas kek. Dan sesi menghias bermula!
* Kesilapan yang sengaja - kek belum sejuk dah nak buat topping. lainkali tunggu kek betul-betul sejuk dulu oi.*Ikut kreativiti. Lebih menarik jika taburkan chocolate rice di tepi dinding kek. =)
*Limpahan cokelet biar banyak, sebab kek ni sedap dicicah - cicah*
Apa? dah siap?
* Macam secret recipe tak?*
Sesi mencolek anak- anak strawberry dan mencicahnya dengan cokelet. Yum yum.Disudahi dengan alhamdulillah...

Nota kaki :Macam tak percaya aku yang buat ni. aww. Saya sudah boleh kahwin ke, wahai emak?
 

Designed by Alieff Artwork