Tuesday, December 09, 2008

Sape suka dihina, dikutuk dan dicaci?Kau rela?

Kisah Aku sebagai seorang CASHIER yang agak mantap.
:Font33::Font30::Font16:


Kejadian 1

Sambil memegang kicap Tamin, dia melangkah ke counter aku.
Customer 1 : Hye dik, comelnye.
Aku : * Senyum , tanpa memandang ke arah Customer 1, terus bertindak mem-punch & mengambil plastik sambil membungkus Kicap Tamin *
Customer 1 : Heh, sombongnye adik ni..( sambil tersenyum merenung aku yang tengah buat keje )
Aku : Tiga Ringgit Dua Puluh Sen. ( Sempat memandang ke arah Customer 1, dan senyum 2 saat )
Customer 1 : * Menghulurkan duit RM3.00 dan senyum lagi. *BUDUHNYE*
Aku : Bang, RM3.20 ni.
Customer 1 : Tolong la dik, abang nak beli ni. Tolong la..
Aku : Habis tu macamane ni?Adui.. ( Habislah shot gaji aku kalau semua customer macam ni )
Customer 1 : TOlong la dik, abang bawak tiga ringgit je dari rumah tadi.. * Sambil buat muka sedih, ingat aku kesah ke?? *
Aku : Minta maaflah bang, kalau duit tak cukup, tak boleh beli. ( Sambil mula menjalankan operasi meng - cancel jualan di skrin komputer )
Customer : Kalau macam tu takpelah!! * Membebel tak tentu pasal dan blah ke counter lain, dengan harapan sumbody
else akan terpedaya dgn gaya nya tadi *

* Aku terus ke counter kawan aku untuk buat - buat tolong dia bungkus plastik. Entah kenape, aku plak yang segan dengan orang tu. Memang aku kedekot 20 sen. Tapi bukan ape wey, perkara ni dah banyak kali jadik. Banyak customer tak cukup duit tp then suruh cashier yang cover duit baki yang tak cukup tu. Mane tak bengang??? * P/s : Lainkali jgn ngorat aku kalau tak cukup duit!! Sungguh memalukan.

Kejadian 2

Di sudut counter yang menjaga bahagian SUSU dan ROKOK, aku duduk dengan innocent nye. Customer bangang pon datang untuk mula buat hal. Diingatkan, bahagian counter aku special, hanya susu dan rokok perlu di bayar di counter ini. Jadi jangan banyak songeh!!

Customer 2 : Adik, susu ni abang amik dulu, karang bayar kat dalam boleh?
Aku: Sorry bang, susu memang kene bayar kat counter ni.
Customer 2 : Hak alaa! Same je kalau nak bayar kat dalam ke kat luar ni.Ape yang susah sangat??
Aku : * Buat - buat busy sambil layan customer lain, dalam hati aku berkata " lantak ko la..taknak beli ko boleh blah!! " *

Yeah, for 15 munites, the same person came again and put up his stuff for payment..

Aku: Ye bang, susu yang mana tadi?
Customer 2 : * Menjeling aku dengan mata tajam sambil menjeling ke arahsebuah tin susu yang dikehendakinya *
Aku : * Agak cuba mengenalpasti susu yang dijeling nya tuh, dan terus mencapai dan mula mem-punch *
Customer 2
: * Sambil meletakkan barang - barang di tempat yang jauh sikit dari counter supaya aku susah nak punch *
Aku : * Kesabaran yang mengatasi segalanya , dan aku ambil satu persatu barang customer tadi ke depan counter untuk di - punch *
Customer 2 : * Sambil membuat muka dan masih menjeling tingkahlaku aku, mula membuat perangai dengan menolak air botol yang ingin dibeli sampai jatuh *
Aku : * Masih bersabar, tapi dengan muka yang macam TOOOt, aku angkat balik air botol tu untuk punch, masih menjalankan tanggungjawab yang sama *
Customer 2 : * Bersuara * Sekarang dah berapa??
Aku : Sambil memegang Keropok Mummie dan tahan geram.." Harga Mummie ni Rm 2.90 "
Customer 2 : Aku tanye, sekarang harga semua ni berapa???Ape masalah kau ni??
Aku : * Sambil menahan marah, melihat pada skrin komputer dan tunjuk pada skrin * " Sekarang total dah RM39.90 "
Customer 2 : Ape masalah kau ni?? Kau tak boleh nak cakap ke?? Ape masalah kau sebenarnye ni??Kau takde mulut ke nak cakap???
Aku : * Better senyap je, babi punye orang.Hambik ko!! Aku dah bagitau total pon tak puas hatri lagi!!!*
Customer 2 : * Sambil membebel, dan maki hamun aku, dia ajak anak dia balik sambil blah dan tinggalkan barang2 di counter aku *

Blahh la wey!!Aku tak tahulah nak cakap ape, sampai sekarang terngiang - ngiang muka orang tu. Aku tak tau ape masalh dia nak benci sangat aku ni. Aku menjalankan tugas , dia pulak tak puas hati. Aku naik marah sampai jawab soalan dia dalam keadaaan tangan menggigil nak hentam orang. Sangat geram. Kalau la korang rase ape aku rase..memang tak bileh blah weyy!

Kejadian 3

Ini pulak semasa tengah menjalankan tugas dalam proses jual beli. Lawak gak la.Layan je lah.

Customer 3 : Hye, adik ape khabar?
Aku : * Bantai senyum je la wey *
Anak kecil customer : Abah ni sape ni?
Customer 3 : Ha, kalau nak tau ni la awek abah.
Anak kecil customer : Wa, abah ade awek ek. Ni awek abah ke??
Customer 3 : Ni la awek abah, cantik tak?
Customer dan Anak kecil customer : * Tergelak - gelak depan aku *
Customer 3 bercakap kepada anaknya : Ko jangan bagitau umi tau, kalau tak siap ko.Hahahaha.
Aku : Aduyaiiii...* Sambil tergelak - gelak sakan *


**KEJADIAN - KEJADIAN LAIN AKAN DI - UPDATE KALAU AKU ADE MASE**



 

Designed by Alieff Artwork