Friday, July 04, 2008

Jodoh?

Wow!! Great news for all the readers!!hahaha...Di petang yang indah ni, aku nak share tentang...

                             10 Petanda Si Dia Jodoh Anda...



                               Ape lagi??Sila lah scroll down and read patiently kayh!!




1. Great connection



Selalunya, pasangan yang rase macam ada jodoh antara mereka akan mempunyai sebuah ikatan yang unik. Ikatan yang unik ni selalunya tak dapat dilihat dari mata kasar tau. Pasangan ni selalunya ada ikatan emosi, spiritual dan fizikal yang kuat antara satu sama lain..Bile bersama je, dua-dua dapat rase manisnya bercinta dan perasaan saling memerlukan wujud antara mereka. Kesimpulannye korang akan rase ade connection yang baik la biler dengan partner korang tuh..


2. Gaya relax and natural


Selalunya, orang yang mungkin jodoh kita ni akan nampak lebih natural dan relax.Ok, contohnya korang bleh tengok gaya, dan cara dier represent diri dier. Contoh terbaik adalah dari segi pemakaian, cara dia bercakap, cara ketawa, dan cara dia makan dan minum. Semua ni diambil kira dan pasangan tu mestilah nampak relax, tidak berlakon dan spontan dengan gayenye. Kalau pasangan tu nampak tak selesa jer, sah2 la die tengah berlakon. Pasangan yang relax and natural macam ni selalunya jadi calon hidup yang sesuai .Yang pura2 tu..nampak sangat la dier tak menjadi diri sendiri bila berhadapan dengan pasangannya..


3. Happy bila bersama



Bila bersama dengan dia, perasaan bosan, gelisah, tertekan semua jadi hilang. Hati kita akan jadi gembira, dan tenang bila ada dengan dia sebab dengan dia je kita boleh berkongsi suka duka dan apa sahaja yang partner kita buat akan jadi pengubat duka kita. Perasaan ni wujud bukan pada seorang je, tapi wujud dalam diri masing2. Masing2 rase tenang bila bersama. Tambah lagi bile berjauhan je masing2 jadi gelisah sebab taknak berpisah.Huuu…romantiknyer..


4. Terima kita seadanya



Segala baik dan buruk yang ada pada diri kita diterima seadanya. Mungkin salah seorang antara pasangan mempunyai banyak kelemahan , tetapi pasangannya menerima kelemahan itu seadanya. Rahsia antara pasangan juga tidak disimpan malah dikongsi bersama kerana yakin bahawa masing2 sudah bersedia menjadi pasangan hidup kelak.


5. Jujur beb!


Dia tak kisah dan beri kepercayaan sepenuhnya pada pasangannya asalkan pasangannya tak menyalahi hukum hakam agama. Kejujuran dan keihklasan dirinye kita dapat rase dan dapat lihat sendiri. Kalau pasangan yang tidak jujur, kita selalunya dapat detect .Yang paling penting, masing2 percaya pada kejujuran masing2 walaupun berada pada jarak yang jauh. Bila kejujuran, keikhlasan dan kesetiaan dipamerkan, hubungan cinta menjadi semakin hangat kerana itulah dikatakan cinta yang sejati.


6. Saling mempercayai



Rahsia antara pasangan yang telah diluahkan mestilah disimpan dengan baik. Selalunya bila dah ada partner, kita akan lebih cenderung untuk berkongsi rahsia dengannya. Partner kita akan lebih selesa bercerita rahsianya dengan diri kita sebab dia berasa selesa dan selamat dari memberitahu rahsia itu pada kita daripada orang lain. Antara partner, masing2 akan simpan rahsia dengan selamat. Dari situ, kita diuji untuk menyimpan rahsia itu dengan baik sebab dalam perkahwinan nanti sifat saling mempercayai adalah amat penting antara suami isteri.


7. Senang bekerjasama



Ha…ini yang paling penting. Kalau kita nak hidup bersama dengan dia, kita mestilah sanggup berkorban demi dia. Contohnya kita perlulah bekerjasama dalam melakukan semua perkara tak kisah la susah ke senang ke, janji buat and tanggung sama – sama. Bila dengan dia, kita dapat melakukan sesuatu perkara dengan baik tanpa perlu bantuan orang lain. Ingat, kalau tiada kerjasama antara pasangan, kerja akan bertambah sukar sebab 100% depends on one person je.


8. Understanding



Saling memahami adalah penting bagi pasangan yang berjodoh. Contohya kalau kita sedih, dia akan cuba menggembirakan hati kita, kalau kita sakit dia akan bawa kita ke klinik dan kalau kita tertekan dia akan menenangkan perasaan kita. Pendek kata, dalam semua keadaan pun, pasangan kita akan faham dengan keadaan diri kita dan akan sentiasa ingin bersama – sama menghadapi apa situasi sekali pun. Paling penting, bila pasangan kita bersedia mengharungi segala susah senang bersama kita, dia lah calon yang paling sesuai.


9. Tampilkan kelemahan



Kita kene ingat yang bukan semua orang sempurna dalam dunia kita ni. Antara kita pasti ada kelemahan dan keburukan yang tertentu. Pasangan yang sesuai dijadikan calon adalah pasangan yang bersedia menjadi teman hidup kita dengan tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan memberitahu kita. Malah, dia tidak segan untuk memberitahu kelemahan dan keburukannya pada kita. Contohnya kalau dia tak mandi dua hari, dia akan berkata jujur pada kita.Bila antara pasangan tu dah saling memahami kelemahan dan sifat buruk masing2, dialah calon yang paling sesuai bagi kita.


10. Follow your guts



Kita ni dikurniakan akal untuk berfikir dan hati untuk merasa. Antara pasangan mestilah ada sifat saling tahu akan perasaan pasangannya. Malah, masing2 juga dapat membaca fikiran dan meramal keadaan , reaksi dan tindak balas masing2 pada situasi tertentu.Selain itu, kita juga perlu menanyakan pada diri kita sendiri samaada dia ditakdirkan untuk kita atau tidak.Buat lah pilihan dengan baik dan serahkan segalanya pada Allah S.w.t. untuk tentukan. Ingat, jodoh dan pertemuan tu kat tangan Tuhan, jadi kita ni mampu merancang jer la.Kadang2 orang kate petunjuk boleh dapat dalam mimpi. Jadi, jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika dia bukan pilihan kite, tolaklah dia dengan baik.


**Jadi , korang cuber perhatikan pasangan korang..ade tak 10 petande yang mungkin dialah jodoh korang…buka mata, buka minda, sedar diri, sedar rakan, sedar ruang, sedar segalanya.



**Fikirlah, adakah dia tepat untuk kita???

 

Designed by Alieff Artwork